Tuan/Puan kenal Lionel Andrés Messi Cuccittini? Pemain bola sepak terkenal berasal dari Argentina. Beliau telah daftarkan cap dagangan “MESSI” sejak tahun 2011.
Bantahan Pendaftaran ke atas MESSI
Pendaftaran dilakukan di European Union Office for Intellectual Property (EUIPO) pada bulan Ogos, 2011. Pendaftaran ini dibantah oleh MASSI, pengeluar barangan sukan berbasikal dari Spanyol. MASSI terlebih dahulu telah mendaftarkan cap dagangannya sebelum MESSI.
Cap Dagangan Hampir Serupa
Kenapa? MESSI adalah hampir sama dengan MASSI, sama ada tulisan mahu pun bunyinya.
Kes dibawa ke mahkamah dan berlanjutan selama 7 tahun. Kemudian pada tahun 2018, mahkamah di Luxemberg membenarkan jenama MESSI terus digunakan.
Messi scores in court too
Mahkamah bersetuju dengan kepolularan Messi, dan MESSI sememangnya boleh dikaitkan secara langsung dengan Lionel Messi.
Walaupun kemenangan setakat ini berpihak kepada Messi, ianya masih boleh di bawa ke Makahmah yang lebih tinggi.
Apa Boleh Kita Pelajari?
Kita boleh je daftarkan trademark yang hampir serupa dengan cap dagangan orang lain kalau kita benar-benar terkenal. Kalau tidak, lupakan saja niat. Kita mungkin berhadapan degan kes mahkamah bertahun-tahun!