Posting kali ini akan membincangkan tentang ‘strong trademark‘.
Kita sedia maklum bahawa trademark atau cap dagangan, sebagai tanda niaga boleh terdiri daripada unsur-unsur perkataan, logo, gambar, nama, huruf dan juga nombor. Ia juga boleh terdiri daripada kombinasi unsur-unsur tersebut. Tanda perniagaan ini merujuk kepada identiti sesuatu entiti bisnes, produk dan perkhidmatan.
Pengguna seterusnya boleh mengenali dan mengaitkan sesuatu jenama itu dengan pengeluar produk atau penyedia perkhidmatan dengan trademark yang dibangunkan oleh pemilik bisnes.
Tetapi, dalam ketidak tentuan dunia bisnes yang mencabar ini, kenal dan boleh membezakan sahaja tidak cukup.
Sesuatu brand atau jenama bisnes itu perlu unik dan lebih ‘stand out’ dari yang lain. Oleh itu, trademark yang dibina mestilah bersifat ‘strong trademark‘ atau kukuh.
Strong trademark yang seiring dengan produk atau perkhidmatan dan strategi pemasaran terbaik boleh menjadikan sesuatu jenama itu popular dan seterusnya memberikan pulangan tinggi kepada bisnes. Oleh itu, mari kita spend masa lebih sedikit untuk membina dan memilih trademark yang kukuh serta dilindungi undang-undang dengan 3 langkah:
(1) Memahami spektrum idea pembinaan trademark
Terdapat lima (5) spektrum idea bagi membina dan membangunkan trademark. Spektrum ini boleh memberikan panduan untuk kita membina trademark yang kukuh. Trademark yang lemah bukan sahaja menjadikan ianya tidak unik dan tidak menyerlah dari yang lain, ia juga berisiko untuk ditolak pendaftarannya. Mari kita lihat spektrum idea pembinaan trademark ini berdasarkan kekukuhan trademark:
- Generic Trademark – Terma atau perkataan yang sangat biasa-biasa sahaja. Sangat umum atau general in nature. Ia mengandungan perkataan yang merujuk kepada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh, jika kita menjual produk sayuran taugeh, kita mahu daftar trademark “ALI TAUGEH”. Kita mahu jual barang kemas, tanda perniagaan yang kita mahu gunakan adalah “GEMILANG JEWELLERY”.
- Descrictive Trademark – Trademark yang menerangkan atau mengambarkan sifat sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia juga boleh mengambar kualiti atau hasil yang akan berlaku daripada produk yang dipasarkan. Contohnya, ia mengandungi perkataan ‘SEDAP’ bagi produk makanan dan restoran.
- Suggestive Trademark – Trademark ini boleh memberi suggestion kepada pengguna tentang hubungan perkataan (term) yang digunakan dan produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh: Amazon digunakan untuk mengambarkan bahawa mereka merupakan online e-commerce yang besar. Sebesar kawasan Amazon dengan keluasan 7 juta km persegi! Contoh lain: FACEBOOK, TWITTER dan SHARP.
- Arbitary Trademark – Trademark yang tidak bersangkutan dan juga tidak mengambarkan sifat produk. Contoh: Apple tidak menjual sebarang buah-buahan tetapi komputer peribadi, smart phone dan accessory yang berkaitan. Begitu juga dengan SHELL yang tak berkaitan dengan sebarang cengkerang atau siput.
- Fanciful Trademark – Trademark daripada perkataan yang direka. Ini adalah trademark yang paling unik dan biasanya belum pernah digunakan oleh orang lain. Contoh: KODAK, EXXON dan GOOGLE.
Berdasarkan 5 spektrum idea pembinaan trademark ini, kita perlu elakkan penggunaan GENERIC dan DESCRIPCTIVE trademark. Ia sangat biasa, tidak unik dan tidak menyerlah berbanding yang lain. Ia juga biasanya tidak boleh didaftarkan sebagai trademark.
(2) Strategi memilih ‘strong trademark’
Keunikkan sesuatu trademark menjamin sebahagian daripada perkembangan dan kejayaan bisnes. Oleh itu, pemilihan trademark memerlukan dan mengambil kira analisa lebih mendalam terhadap hubungan kepada beberapa perspektif lain:
- Perpesktif pengguna – trademark sebagai salah satu alat komunikasi efektif dengan pelanggan perlu dihalusi dengan lebih mendalam. Strategi pemilihan trademark penting untuk menarik perhatian prospek pengguna produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya, kita boleh memilih spektrum fanciful trademark bagi tujuan ini. Jika kita mahu mengambarkan kehebatan produk, kita boleh menggunakan suggestive trademark sebagai strategi.
- Perspektif pemasaran – kualiti dan kehebatan produk/perkhidmatan sangat penting dalam aspek pemasaran. Pemasaran terhadap brand yang dibina juga amat penting. Banyak jenama popular menjadi pilihan dengan pemilihan trademark yang kukuh.
Kajian dan carian mendalam perlu dilakukan untuk memastikan trademark yang hendak didaftarkan adalah unik dan belum digunakan oleh pihak lain. Kita juga perlu memastikan ianya tidak hampir sebutannya atau hampir serupa bentuknya dengan yang lain.
Ini boleh dilakukan dengan mengguna search engine seperti Google dan Yahoo. Carian juga boleh dilakukan di laman web MyIPO. Kedah paling mudah adalah berhubung dengan agen sah MyIPO untuk bantuan carian dan pendaftaran.
(3) Maintain & monitor trademark
Bagi menjamin kekukuhan trademark, simbol ® perlu sentiasa diletakkan pada trademark yang didaftarkan. Ia juga perlu sentiasa aktif dengan memperbaharui perlindungan trademark setiap sepuluh (10) tahun. Kita juga perlu memantau trademark kita secara berkala untuk mengelakkan ianya digunakan oleh pihak lain secara tidak sah.
Mahu bina ‘strong trademark‘ untuk jadikan brand bisnes lebih menyerlah? Dapatkan khidmat nasihat, perundingan dan pendaftaran trademark dengan WhatsApp kami sekarang: https://whatsapp.daftartrademark.com.