Nak pilih jenama jangan asal boleh je. Jangan juga rasa-rasa nak tumpang glamer brand lain. Nama dekat-dekat sama, bunyi hampir sama pun kita perlu jauhkan sama sekali. Mungkin kita ingat tak ada apa masalah. Mungkin boleh tingkatkan jualan dengan strategi ini. Tetapi awas! Implikasinya undang-undang dengan strategi begini amat besar.
Mari kita tengok berita lama tahun 2016 yang boleh dijadikan iktibar. Jenama ayam goreng di Korea Selatan namakan restoran mereka sebagai “LOUIS VUITON DAK”, sempena perkataan ‘tongdak’ dalam bahasa Korea yang bermaksud “whole chicken’ – ayam seekor. Kerana ada “tongdak” ini, dia sambung “Louis Vui” kat belakang dia. Logo pon tambah sikit-sikit je..
Kotak packaging ayam goreng dia pun tak mintak maaf langsung. Dah macam ada isi beg dalam dia :-D.
Apa kita rasa bila jenama ternama kita dalam bidang fesyen dikaitkan dengan ayam goreng? Saman. Sama dengan Luis Vuitton, tindakan undang-undang diambil untuk mengelakkan penggunaan tanda perniagaan mereka digunakan sesuka hati oleh pihak lain.
Pemilik restoran kemudian tukar nama kepada “CHA LOUIS VUI TONDAK”. Degil kan.
Akibatnya saman berikutnya difailkan oleh pemilik jenama dan mahkamah membuat keputusan restoran tersebut perlu membayar 14.5 juta won (USD $12,500) sebagai ganti rugi.
Apa yang boleh kita pelajari dari kes ini? Satu, kena saman. Kedua, kena naik turun mahkamah. Ketiga, kena tukar jenama banyak kali. Kena bayar ganti rugi.