Ada trademark yang tidak boleh didaftarkan, ada juga yang TRADEMARK DILARANG untuk didaftarkan.
Sebagai contoh, trademark yang mahu didaftarkan bertujuan untuk memperdayakan dan menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai adalah dilarang. Begitu juga bagi tujuan yang meyalahi undang-undang. Katakan, tujuan untuk daftar trademark bagi tujuan scam atau skim cepat kaya.
Apa lagi trademark dilarang? Mengikut undang-undang Harta Intelek di Malaysia, trademark atau cap dagangan berikut adalah DILARANG untuk didaftarkan:
- Penggunaan trademark bagi memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
- Perkara-perkara sensitif, skandal dan apa jua perkara yang boleh menyinggung perasaan orang ramai.
- Menyalahi undang-undang.
- Perkara yang memudharatkan, lebih-lebih lagi kepada kepentingan atau keselamatan negara.
- Trademark menyerupai jenama terkenal di Malaysia.
- Hampir-hampir sama, sama ada logo, sebutan atau pun ejaan.
- Mengandungi petunjuk geografi atau tempat, tetapi tidak berasal dari wilayah atau tempat tersebut.
Sy perlukan khidmat utk daftarkan trademark
Whtsup 016 3198588