Kita sebagai usahawan perlu belajar daripada bisnes lain yang berjaya. Perhatikan apa yang mereka buat. Tiru dan lakukan inovasi terhadap apa mereka lakukan.
Sama juga dengan bagaimana mereka lindungi bisnes mereka dengan menitik beratkan kepentingan memelihara trademark.
Kita lihat Burberry, brand fashion mewah terkenal dengan HQ mereka di London. Mereka bukan sahaja daftarkan nama dan logo sebagai trademark. Mereka juga daftarkan corak yang digunakan pada keluaran mereka.
Corak “Checker Pattern”
Corak “checker pattern” yang mereka design juga didaftarkan. Corak ini kemudian digunakan pada produk fesyen keluaran mereka baju, skarf, seluar dan sebagainya.
Kita lihat bagaimana seriusnya Bruberry melindungi bisnes mereka.
Burberry vs Target
Mereka juga tidak membiarkan corak yang didaftarkan ini digunakan oleh pihak lain tanpa kebenaran. Mereka telah memulakan tindakan undang-undang apabila skarf dengan corak yang hampir sama dikeluarkan oleh Target, perniagaan besar retail di Amerika Syarikat.
Nampak? Corak yang hampir sama walau pun warna berlainan pun tidak dibenarkan.
Kedua-dua Burberry dan Target kemudian bersetuju untuk mengugurkan kes Mahkamah tersebut dengan satu settlement yang hanya diketahui kedua-dua pihak.
Apa yang kita boleh pelajari?
Perniagaan besar akan lakukan apa sahaja untuk lindungi bisnes mereka. Trademark didaftarkan sepenuhnya. Mereka juga tidak teragak-agak untuk laksanakan tindakan undang-undang jika terdapat infringement terhadap trademark mereka. Kita bagaimana? Dah daftar trademark?