Sapa lawan sapa ni. Oishi lawan Oishi. Nampak? Oishi Group Public Company Limited dari Jepun jual air minuman (‘Oishi’). Paling popular sekali ialah Green Tea. Satu lagi Oishi, dengan pemiliknya adalah Liwayway Marketing Corporation (“Liwayway”). Liwayway juga pasarkan produk makanan ringan dan juga minuman.
Apa jadi?
Oishi memohon untuk mendaftarkan trademark di MyIPO. Permohonan telah dibantah oleh Liwayway. Bantahan adalah dengan sebab trademark Oishi telah didaftarkan oleh Liwayway.
Oishi kemudian telah membawa kes ke Mahkamah Tinggi bagi memohon pembatalan trademark oleh Liwayway. Alasan oleh Oishi adalah, OISHI adalah surname dalam bahasa Jepun. Ia juga merujuk kepada kualiti atau karakter produk dan mempunyai makna. Mereka juga mendakwa bahawa jenama Oishi tidak lagi digunakan oleh Liwayway.
Mahkamah tinggi membenarkan permohonan Oishi atas alasan ianya tidak digunakan lagi oleh Liwayway walau mereka menyatakan bahawa mereka hanya menggantung pengunaan trademark atas faktor permohonan status halal.
Mahkaman rayuan juga membuat keputusan yang sama.
Kes ke Mahkamah Persekutuan
Rayuan seterusnya dibuat oleh Liwayway ke Mahkamah Persekutuan dan penggunaan trademark dikekalkan kepada Liwayway. Alasan penghakiman adalah Liwaway tidak perlu membuktikan bahawa mereka tidak lagi menggunakan trademark tersebut selagi tidak wujud prima facie dalam hal tersebut.
Sekarang
Nampaknya sekarang minuman jenama Oishi telah banyak di pasaran. Apakah agaknya yang terjadi?
Hi Hurriya, this is very interesting case. Would like to know what happened after this? Did Liwayway win their appeal?
Oishi green tea had changed their brand to OYOSHI.