Apa beza copyright dan trademark? Walau kedua-duanya adalah harta intelek, ianya merujuk kepada dua perlindungan harta ciptaan minda yang berbeza. Kedua-dua harta intelek ini dilindungi oleh undang-undang di Malaysia. Perlindungan termasuklah menghalang ianya dari digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran.
Harta intelek ini boleh digunakan oleh orang lain tetapi memerlukan kebenaran dari pemilik asal. Bayaran tertentu seperti dilesenkan dan royalti boleh dikenakan atas penggunaan harta intelek tersebut.
Trademark
Trademark (atau cap dagangan) boleh terdiri daripada unsur-unsur nama, perkataan, gambar, huruf, nombor mahupun logo yang digunakan untuk merujuk kepada syarikat, produk mahu pun perkhidmatan. Boleh juga terdiri dari kombinasi atau gabungan unsur-unsur nama, perkataan, huruf atau pon logo.
Secara ringkasnya, identiti nama kepada syarikat atau pun produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Paling penting, ianya menjadi faktor utama membezakan produk dan perkhidmatan penyedia dengan yang lain. Mudahnya memilih produk dan perkhidmatan berdasarkan kualiti dan reputasi mereka.
Trademark yang berdaftar di Malaysia dilindungi oleh undang-undang Akta Cap Dagangan 1976.
Copyright
Copyright atak hakcipta pula merujuk kepada hak eksklusif yang diberikan kepada pencipta karya (artistik/seni/sastera) seperti karya dalam buku, majalah, lagu dan filem. Perlindungan diberikan secasa automatik di mana tiada pendaftaran perlu dilakukan. Perlindungan kepada hakcipta adalah selama lima puluh (50) tahun. Perlindungan ini adalah berdasarkan Akta Hakcipta 1987.
Beza Copyright dan Trademark
Mari kita tengok beza copyright dan trademark secara ringkas:
Copyright | Trademark |
Perlindungan kepada hak eksklusif karya artistik/seni/sastera | Perlindungan kepada unsur-unsur atau gabungan nama, perkataan, nombor dan logo |
Contoh – buku, majalah, lagu dan lirik lagu, drama, movies .. | Contoh – nama jenama syarikat, nama jenama produk dan perkhidmatan |
Simbol yang digunakan: © atau (c) | Simbol yang digunakan: ® atau TM |
Undang-undangan perlindungan Akta Cap Dagangan 1976. | Perlindungan undang-undang Akta Hakcipta 1987 |
Perlindungan selama 50 tahun secara automatik tanpa pendaftaran. Walau bagaimana pun, ianya digalakkan untuk didaftarkan secara suka rela. | Perlindungan selama 10 tahun bagi trademark yang didaftarkan dan boleh diperbaharui untuk 10 tahun berikutnya. |
Kebenaran bertulis diperlukan bagi reproduction dan modification. Bayaran royalti dikenakan kepada pihak lain yang menggunakannya dalam tempoh tersebut bagi public display & public performance. | Trademark boleh dilesenkan atau diserah hak kepada pihak lain dengan bayaran tertentu dari pemilik. |