Warning: The magic method Vc_Manager::__wakeup() must have public visibility in /home/mdxnazri/site/daftartrademark.com/wp-content/plugins/js_composer/include/classes/core/class-vc-manager.php on line 203

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/mdxnazri/site/daftartrademark.com/wp-content/plugins/js_composer/include/classes/core/class-vc-manager.php:203) in /home/mdxnazri/site/daftartrademark.com/wp-content/themes/leadinjection/inc/visual_composer_init.php on line 99

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/mdxnazri/site/daftartrademark.com/wp-content/plugins/js_composer/include/classes/core/class-vc-manager.php:203) in /home/mdxnazri/site/daftartrademark.com/wp-content/themes/leadinjection/inc/visual_composer_init.php on line 100
Daftar Trademark Kini Lebih Mudah » Daftar Trademark

Kenapa MESTI daftar trademark? Ketahui sebab kukuh kenapa kita mesti daftar trademak

Sales dan marketing untuk tingkatkan jualan Daftar trademark jangan dilupakan

Usahawan biasanya fokus kepada marketing dan sales. Kita tahu marketing boleh buat orang kenal jenama & produk kita.  Bila dah kenal, barulah orang nak produk yang membawa jenama kita.

Tapi ramai usahawan terlepas pandang.  Sudah daftar syarikat / perniagaan dengan SSM.  Akaun FB page dan IG dah ratus ribu likes.  Sales pula sudah cecah 6-7 angka tapi cap dagangan / trademark lupa daftar.

Bagaimana agaknya bila jenama kita bangunkan digunakan oleh orang lain di luar sana?  ATAU  dalam masa yang sama, kita dapat surat arahan untuk hentikan penggunaan jenama kerana telah didaftarkan oleh pihak lain terlebih dahulu?

Ketahui 5 sebab kenapa usahawan MESTI daftar trademark Kenapa kita perlu daftar? Jawapan dia mudah. Kenapa tidak? Ok mari kita perhalusi lima (5) sebab kenapa kita perlu daftar trademark:

Perlindungan Undang-undang

Kalau kita tak daftar, pihak lain akan daftar dulu.  Bayangkan jenama yang kita bangunkan bertahun-tahun  didaftarkan pihak lain. Secara automatik, jadikan perniagaan kita berisiko.  Risiko tindakan undang-undang bagi menghalang pengunaan jenama seterusnya merugikan perniagaan.

Oleh itu, kita perlu daftarkan segera apa juga tanda niaga dan cap dagangan kita sekarang! Dengan mendaftar trademark, ia akan jadi hak milik eksklusif kita selamanya. Sesiapa sahaja tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.

Membina dan Membangunkan Nilai

Bila trademark didaftarkan, ianya dilindungi undang-undang. Pihak lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran. Kini kita boleh membangunkan jenama, produk dan perkhidmatan tanpa risau gangguan dari faktor pengunaan pihak lain.

Bila bisnes meningkat, nilai jenama dan trademark yang didaftarkan juga meningkat. Iaboleh dilesenkan dengan bayaran nilai tertentu atau dijual kepada pihak lain sebagai exit strategy satu masa nanti – harta intelek yang bernilai tinggi.

Elak Risiko Undang-undang

Perniagaan boleh berhadapan dengan risiko undang-undang jika ada pihak lain daftarkan terlebih dahulu.  Kita boleh disaman walau pun kita yang gunakan lebih awal.

Ya mungkin kita boleh turun naik mahkamah untuk menghalang pihak lain mendaftarkannya, tetapi kes-kes sebegini akan memakan masa dan melibatkan kos kewangan yang tinggi.  Kalau kalah saman pula, kita pula terpaksa membayar ganti rugi yang tinggi!

Daftar Trademark

Elak Kerugian

Sudah la kita rugi masa dan kos mahkamah, pelanggan pula mungkin terkeliru oleh kerana jenama kita digunakan dan didaftarkan oleh pihak lain. Mereka mungkin menyangka produk kita yang keluarkan. Hakikatnya, produk tersebut adalah keluaran orang lain.

Elak Ketidaktentuan Perniagaan

Akibat daripada tindakan undang-undang kita terpaksa tukar jenama, cap dagangan dan apa juga tanda niaga kepada yang lain. Ianya seperti memulakan kembali perniagaan kita semula. Kita perlu bermula kembali untuk menaikan jenama baru. Bukan mudah mahu menaikkan jenama. Usaha kita selama ini go DOWN to the drain!~

Tak mahu jenama dicuri orang? Bimbang brand orang lain guna, nak daftar trademark tapi ada banyak persoalan

Perlu ke lindungi jenama bisnes kita ni?

Dah daftar nama perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bukan jenama dah dilindungi ke?

Keliru sebenarnya tentang trademark ke paten.  Copyright tu apa pulak?

Tak tahu macam mana nak daftar & nak daftar dengan siapa?

Apa yang nak didaftar. Logo ke perkataan? Jenama macam mana yang boleh ke didaftarkan?

 

Teruskan membaca…

Apa itu Trademark? Berkenalan dengan cap dagangan

Trademark (atau cap dagangan) boleh terdiri daripada unsur-unsur nama, perkataan, gambar, huruf,  nombor mahupun logo yang digunakan untuk merujuk kepada perniagaan, syarikat, produk mahu pun perkhidmatan.  Boleh juga terdiri dari kombinasi atau gabungan unsur-unsur nama, perkataan, huruf atau pun logo.

Secara ringkasnya,  identiti nama kepada syarikat atau pun produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.  Paling penting, ianya menjadi faktor utama membezakan produk dan perkhidmatan penyedia dengan yang lain. Mudahnya memilih produk dan perkhidmatan berdasarkan kualiti dan reputasi mereka.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan trademark mereka sendiri,  tetapi kunci utama adalah “daftar trademark” tersebut.  Di Malaysia, trademark perlu didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Intellectual Property Corporation of Malaysia) atau singkatanya MyIPO bagi menjadikannya ianya sebagai hak milik eksklusif pemilik bisnes.

Kepentingan Trademark Kepada Bisnes Ketahui kelebihan trademark untuk perniagaan anda

Daftar Trademark

(1) Trademark adalah harta intelek

Ia adalah aset yang bernilai.  Seperti produk dan perkhidmatan, nilai trademark juga boleh bertambah seiring dengan peningkatan bisnes.

Contoh nilai trademark bagi jenama ‘MAYBANK’ adalah sebanyak RM 10 billion. Ini tidak termasuk nilai bank tersebut. Nama ‘Maybank’ sahaja bernilai RM 10 billion.

Trademark juga boleh diwariskan  seperti harta yang lain. Ia juga boleh dilesenkan atau atau dijual jika ada keperluan.

(2) Trademark sebagai alat komunikasi yang efektif (effective communication tool)

Bayangkan dengan satu logo sahaja, trademark mengambarkan kualiti, emosi dan reputasi. Lihat jenama terkenal  Nike, dengan logo sahaja kita tahu tentang kualiti.  Logonya boleh buat pemakainya bangga dan yakin diri!

(3) Memudahkan pelanggan mencari dan membuat pilihan

Keadaan pasaran yang agak ‘crowded’ sukarkan pelanggan untuk bezakan satu produk dengan yang lain.  Trademark dan kombinasi strategi branding boleh menjadikan produk lebih menonjol berbanding pesaing. Ini memudahkan pelanggan untuk mencari dan memilih produk yang  disediakan.

(4) Memanfaatkan Internet dan media sosial dengan trademark

Jenama atau apa juga tanda niaga yang didaftarkan memudahkan carian di Internet. Pengguna akan terus melakukan carian jenama di Internet atau pun melalui media sosial.

(5) Menguatkan team bisnes dengan trademark

Nak cari team jualan, staff, agen atau stokis? Jenama, tanda niaga atau cap dagangan dengan reputasi tinggi memudahkan kita untuk kuatkan team bisnes.  Prospek team bisnes mudah tertarik dengan jenama bisnes yang terkenal.

Kenali Harta Intelek Trademark, Patent dan Copyright

Biasa dengar tentang trademark, paten dan copyright? Adakah mereka sama? Tidak sama sekali. Memang biasa jumpa pemilik bisnes yang keliru dengan trademark, patent dan copyright ni. Ada yang sebut nak daftar patent, tetapi bila sembang-sembang rupanya cerita pasal trademark.

Trademark, patent dan copyright sememangnya sebahagian dari harta intelek. Walau bagaimana pun, ketiga-tiga bentuk harta intelek ini merujuk kepada perlindungan yang berbeza:

Trademark (cap dagangan) – perlindungan terhadap nama, brand atau jenama dan logo yang digunakan terhadap perniagaan atau syarikat, produk serta perkhidmatan yang disediakan. Kita perlu daftar trademark bagi mendapatkan perlindungan undang-undang di Malaysia;

Patent (paten) – perlindungan terhadap rekacipta yang berbentul fizikal seperti bentuk rekacipta peralatan kenderaan, system, electronic device atau sesuatu product yang belum pernah wujud di dunia dan yang berkaitan dengannya.

Copyright (hakcipta) – perlindungan terhadap karya artistik dan literasi seperti buku, lagu, lirik lagu, kandungan laman web dan lain-lain lagi.

Hak milik ekslusif selamanya Perlindungan selama 10 tahun

Trademark yang didaftarkan dilindungi oleh undang-undang Akta Cap Dagangan 2019 dan Peraturan-peraturan Cap Dagangan 2019.

Akta ini melindungi trademark yang didaftarkan selama sepuluh (10) tahun.  Selepas tempoh ini tamat, pemilik trademark boleh memperbaharui bagi tempoh 10 tahun berikutnya.  Dengan kata lain, ia mejadi hak milik eksklusif kita selamanya.

Selagi berada dalam tempoh sah pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran, pihak lain tidak dibenarkan menggunakan trademark untuk apa tujuan sekalipun.

Pemilik boleh melesenkan trademark tersebut kepada pihak lain.  Ia juga boleh diserah hak, diwariskan dan dijual.  Itu sebabnya trademark adalah sebahagian daripada harta intelek yang benilai tinggi!

Mahu jadikan jenama atau tanda niaga kita sebagai hak milik eksklusif kita pemilik bisnes selamanya? Daftar sekarang dengan klik button di bawah ni..

Beza TM vs ® Sama tapi tak serupa

TM hanyalah singkatan bagi trademark.  Ia tiada sebarang implikasi undang-undang.  Sesiapa saja, tanpa perlu membuat permohonan terlebih dahulu ke MyIPO boleh meletakkan tanda TM di tepi jenama mereka.  Ia seperti hint kepada orang ramai bahawa mereka mahu daftar trademark atau sedang dalam proses pendaftaran.  Tapi dalam tempoh ini, jika ada orang lain mendaftarkan dahulu jenama tersebut, anda tiada hak untuk membantah.

Manakala tanda ® pula merujuk kepada tanda jenama yang sudah terdaftar di MyIPO.  Ia sudah dimasukkan dalam warta kerajaan Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Cap Dagangan 1976.  Penggunaan simbol simbol ® ini membawa maksud jenama tersebut telah dilindungi dari segi undang-undang trademark dan yang berkaitan.  Penggunaan tanda ® dengan sengaja tanpa pendaftaran, jika terdapat laporan dan sabit kesalahan, pihak yang menyalahguna tanda ini boleh dikenakan denda sebanyak RM 500.

Nama Bisnes vs Trademark Lain bentuk, lain tujuan

Kenapa kita perlu nak daftar trademark sedangkan kita kan sudah daftar perniagaan atau syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?

Betul, nama syarikat atau perniagaan yang didaftarkan adalah unik.  Tetapi, selagi nama tersebut tidak didaftarkan sebagai trademark, sesiapa saja boleh gunakan sebagai tanda perniagaan mereka.

Contoh, nama syarikat kita digunakan sebagai nama produk pihak lain.  Ini boleh menimbulkan kekeliruan dan kerugian kepada perniagaan yang kita jalankan.

Perlu ditekankan bahawa SSM dan MyIPO adalah dua organisasi yang berbeza.  Akta dan undang-undang yang digunapakai bagi kedua-dua organisasi ini juga adalah tak sama.

Pengunaan simbol TM vs ® Biar nampak profesional

Bagi pengunaan tanda TM dan ® pada jenama, simbol ini diletakkan di atas sedikit di sebelah kanan (superscript) nama atau logo yang kita digunakan.  Contoh:

Bagaimana Pilih Trademark yang Sesuai? Bagaimana memilih nama untuk brand anda agar mudah diingat dan boleh didaftarkan di MyIPO

Kenali Kami dan Daftar Trademark Biar kami uruskan semuanya

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Saya Pn. Alin Hurriya Harlinda, Rakan Trademark Anda.

Tahniah! Tuan/Cik Puan kini semakin hampir untuk mendapatkan perlindungan terhadap jenama bisnes dan seterusnya menjadikannya ianya hak milik eksklusif selamanya.

Sepanjang membantu mendaftarkan trademark rakan-rakan usahawan, banyak kes di mana trademark yang tidak didaftarkan mendatangkan implikasi besar kepada bisnes.  Terdapat kes di mana pihak lain telah mendaftarkan trademark bagi jenama tersebut walau ianya telah digunakan bertahun-tahun.

Ada pula yang menggunakan trademark pihak lain sebagai identiti perniagaan.  Ada yang seakan-akan sama bunyinya ataupun hampir sama bentuk logonya.  Terpampang besar di papan tanda premis perniagaan.  Sudah tentu ianya tidak didaftarkan.  Akibatnya, pemilik sebenar ambil tindakan undang-undang.

Banyak juga sama-sama tidak mendaftarkan trademark dan menggunakan jenama yang sama.  Confuse pelanggan dibuatnya.

“Puan! saya dah beli baju brand Puan..”, sambil hantar gambar selfie jelita dengan pakaian yang dibeli.  Produk orang lain rupanya. Ini pengalaman sendiri 😀  Walaupun jenama  sudah daftar jauh jauh hari, ada juga yang selamba ikut suka hati.

Jadi, pendaftaran trademark ini adalah penting bagi membezakan jenama kita dengan pihak lain. Ia melindungi jenama kita dari diguna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Ia juga lambang jaminan kualiti, gaya dan reputasi.  Selain dari perlindungan jenama, ianya penting bagi mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Sesuatu jenama yang sudah terdaftar dipandang lebih serius dan memberikan imej lebih tinggi dalam bisnes  jangka masa panjang. Kita mahu jenama kita yang asalnya kita bungkus di rumah, boleh di pamerkan di Harrods, London.  Kita juga mahu jenama kita setanding PANDORA, DIOR, GUCCI dan LV.  Paling tidak, setanding Bonia serta Padini, Duckscarves macam Vivy atau Madam Kwan’s di KLCC.

Jangan terkejut, suatu hari nanti bila product kita masuk pasaraya di Abu Dhabi, Johannesburg atau Sidney. Kalau rasa macam jauh sangat nak pergi, apa kata kita conquer South East Asia dan sukan SEA..

Semua perkara tidak mustahil boleh terjadi.  Yang penting kita bersedia awal apa yang wajib kita ada untuk kita takluk serata negeri.  Tiba masanya rezeki datang bergolek kita susun saja sijil kita yang dah certified true copy.  Masa itu, kita tahu, kita sudah terbang tinggi.  

Hurriya Harlinda Zainudin Trademark Consultant

Puan Alin ( Hurriya Harlinda) adalah mantan peguam Syarie.  Beliau menjadi peguam sejak tahun 2004 hingga 2007.  Pada tahun 2008, beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di UIA dan juga menjadi tutor Malaysian Legal System untuk pelajar undang-undang.   Setelah memiliki Masters of Comparative Laws, beliau mengajar secara sambilan di OUM Seremban.

Mula bergiat sebagai branding dan trademark consultant sejak tahun 2013 dengan membantu rakan usahawan daftark trademark jenama bisnes mereka.  Kini beliau merupakan agen trademark MyIPO yang sah dengan nombor pendaftaran 4720.  Perkhidmatan pendaftaran trademark ini diuruskan sepenuhnya di bawah Daftar Trademark by  HURRIYA® Trademark Services.

Beliau juga adalah pemilik jenama pakaian HURRIYA® – khusus untuk wanita muslimah professional.  Koleksi beliau boleh didapati di Parkson IOI City Mall, Putrajaya atau laman web https://www.hurriya.com.my

Mahu Daftar Trademark? Apa anda perlu lakukan sebelum daftar cap dagangan

Daftar Trademark

Trademark ini Dilarang untuk Didaftarkan Ketahui Trademark yang Tidak Boleh Didaftarkan

  • Penggunaan trademark bagi memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.
  • Perkara-perkara sensitif, skandal dan apa jua perkara yang boleh menyinggung perasaan orang ramai.
  • Menyalahi undang-undang.
  • Perkara yang memudharatkan, lebih-lebih lagi kepada kepentingan atau keselamatan negara.
  • Trademark menyerupai jenama terkenal di Malaysia.
  • Hampir-hampir sama, sama ada logo, sebutan atau pun ejaan.
  • Mengandungi petunjuk geografi atau tempat, tetapi tidak berasal dari wilayah atau tempat tersebut.

Kaji Sebelum Daftar Ketahui Trademark yang Boleh Didaftarkan

Kita perlu buat kajian sama ada trademark kita boleh didaftarkan.  Pelajari serba sedikit tentang trademark yang boleh dan tidak boleh didaftarkan.  Antara yang paling penting:

  1. Pastikan trademark kita belum didaftarkan dan digunakan oleh pihak lain.
  2. Trademark yang hendak kita daftarkan tidak menyerupai atau hampir serupa bentuk atau bunyi dengan trademark lain.
  3. Trademark tidak menggunakan perkataan yang merujuk kepada produk atau sifat produk.

Apa lagi? Sebagai bonus, lakukan carian nama domain di Internet untuk memastikan ianya belum digunakan orang lain.  Bagi jangka masa panjang, kita mungkin memerlukan laman web sendiri dengan nama domain sama dengan trademark yang didaftarkan.   Jika ianya masih ada, daftar nama domain tersebut dengan kadar segera!

Daftar dengan 3 Langkah Mudah Kami uruskan pendaftaran, anda fokus tingkatkan jualan

  • Khidmat perundingan dan carian trademark – kami menyediakan khidmat perundingan dan carian untuk memastikan trademark boleh didaftarkan dan belum digunakan oleh pihak lain di Malaysia.  Kami akan bantu untuk membina, memilih dan daftarkan trademark yang kukuh (strong trademark) dan bersifat komersil.

 

  • Memfailkan permohonan pendaftaran trademark ke MyIPO.  Membantu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan membuat daftar trademark di MyIPO.  Bantuan akan diberikan jika terdapat isu-isu berbangkit dari pihak MyIPO.

 

  • Pendaftaran dan Pewartaan – Apabila notis penerimaan telah dikeluarkan oleh MyIPO ianya akan digazetkan dalam warta Kerajaan Malaysia.  Jika tiada bantahan dari pihak lain dalam tempoh 4 bulan, sijil   perakuan trademark akan dikeluarkan oleh MyIPO sebagai tanda kita telah daftar trademark dan trademark telah menjadik milik eksklusif kita selamanya!  Ada bantahan? Bantuan berbentuk perundangan juga ada untuk membolehkan ianya didaftarkan.

Apa Kata Mereka? Antara rakan bisnes yang telah kami bantu daftarkan trademark

Awesome kan! Mahu ikut mereka untuk kami bantu daftar trademark? Tak perlu serabut-serabut isi borang, tanya dan google sana sini, dan susah payah ke MyIPO untuk daftar trademark.  Klik “Dapatkan Quotation Sekarang” untuk kami bantu.  Peace of mind.

Syarikat atau Individu Tiada syarkat daftar secara individu pun boleh

Soalan lazim – Nak daftar trademark kena daftar perniagaan atau syarikat dulu ke? Tak perlu.  Kita boleh daftar trademark atas nama individu.  Bagaimana pun, pendaftaran trademark boleh dilakukan secara individu, perkongsian  atau pun atas nama syarikat.

Dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran:

  1. Individu: Salinan kad pengenalan
  2. Perniagaan Enterprise: Form D dan details
  3. Syarikat (Sdn. Bhd.): Form 9 dan Form 49

Bila Masa Terbaik untuk Daftar? Patutnya dah daftar semalam

Berdasarkan pengalaman, kita dapati banyak syarikat dan individu menjalankan perniagaan belum peka dalam aspek pendaftaran trademark.  Ada yang berniaga bertahun-tahun tanpa daftar trademark jenama mereka.

Trademark atau apa juga tanda niaga yang digunakan, apabila tidak berdaftar, ia tidak dilindungi oleh undang-undang.  Sehinggalah segalanya sudah terlambat.  Secara automatik kita kehilangan harta intelek yang amat bernilai jika ada pihak lain yang daftar trademark terlebih dulu.

Jadi bila masa terbaik untuk daftar trademark?  Ia perlu didaftarkan dari awal, lebih baik lagi jika sudah ada idea berniaga sesuatu produk atau perkhidmatan walaupun entiti bisnes belum diwujudkan.  Dengan kata lain, daftar trademark dahulu sebelum trademark digunakan. ( Pengalaman sendiri – Saya daftar jenama saya ketika saya berangan. Waktu itu belum ada syarikat. Ketika memulakan perniagaan, jenama saya sudah terdaftar hampir 3 tahun. Saya percaya, ini adalah salah satu faktor kejayaan saya menerobos masuk ke pasaraya Parkson selepas 6 bulan memulakan perniagaan).

Bermula awal lebih menjamin hak milik eksklusif terhadap trademark tersebut. Secara peribadi, saya juga seperti tuan puan. Saya juga bercita-cita tinggi mahu jenama saya dikenali. Mahu ia jadi legasi. Pengalaman membangunkan jenama sendiri bukan mudah. Tapi saya bersyukur kerana saya ada sedikit ilmu tentang penjenamaan. Saya mahu usahawan yang bermula kecil seperti saya berdiri gagah dengan jenama sendiri. Biar kita bermula kecil asal kita bermula betul dan kukuh dari bawah. Bina jenama bukan semata-mata mahu gah, tetapi bermaruah!

Daftar trademark sekarang! 

Ada pertanyaan lain? Hubungi kami untuk bantuan pendaftaran di +6010 84 000 94

Atau klik  link ni untuk WhatsApp kami:

https://whatsapp.daftartrademark.com